Wednesday, January 25, 2017

Minta Jab Perikanan siar laporan terperinci kadar kandungan logam

KUANTAN:

Adun Beserah Andansura Rabu meminta pihak Jabatan Perikanan Negeri Pahang diminta supaya menyiarkan laporan terperinci untuk dinilai dan dihalusi oleh pihak awam.

Katanya, walaupun kadar kandungan logam yang dilaporkan adalah rendah, namun terdapat catatan bahawa kandungan logam besi dalan sendimen di Sungai Balok dan Sungai sekitar Bukit Goh menunjukkan ada peningkatan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, ini sudah tentu bakal menjejaskan ekosistem di dalam sungai tersebut.

“Pihak Jabatan juga perlu menggariskan pelan tindakan jangka panjang bagi mengatasi masalah kandungan logam yg semakin meningkat di sungai-sungai berkaitan.

“Berhubung laporan kes ikan yang mati tempoh hari, kita minta laporan yang terperinci diumumkan dengan menyatakan punca sebenar kematian ikan tersebut. Ini bagi mengelakkan persepsi yang salah daripada orang ramai.

“Pihak Perikanan Pahang perlu lebih proaktif dalam berkongsi maklumat yang berkaitan dengan orang awam terutama sekali berkenaan sumber makanan dan alam sekitar supaya tidak timbul sebarang keraguan kepada orang ramai,” katanya melalui kenyataan media yang diedarkan.

Tambahnya, jika tidak, suasana akan kembali panik apabila timbul kes-kes seperti ikan mati seperti yang berlaku beberapa ketika dahulu.

Andan bersama Adun Semambu sempena sambutan pra perayaan Cina

No comments:

Post a Comment