Thursday, June 28, 2012

Sharifah Aini pula masuk PAS?

Mengikut rakan facebook, biduanita negara Dato' Sharifah Aini akan mengumumkan kemasukkannya ke dalam PAS pada bulan Julai ini.

Baguslah, setelah berpuluh tahun bergelumang dalam Umno sebagai seorang selebriti tersohor, mungkin beliau agaknya baru tersedar bahawa Umno tidak membawa insan ke arah ketuhanan.

Sharifah Aini yang berasal dari Johor, sejak akhir-akhir ini begitu berminat menyampaikan lagu-lagu dakwah dan menyanyi untuk kutipan dana anak-anak yatim.

Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di tahfiz Al-Quran.

Walau bagaimanapun, beliau dikatakan tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan pernah dimasukkan ke wad.

Eloklah, walau bagaimana kontroversinya sepanjang kehidupan kita, yang penting di hujung kehidupan kita memilih Islam sebagai ikutan hidup dan perjuangan kerana itu lebih bermakna daripada awal-awalnya Islam tetapi akhirnya memilih jahiliyyah!

Kepada Sharifah Aini, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kita ucapkan.
Selamat menjalani hidup sebenar!


1 comment:

  1. Eh apa dah jdi ni?
    Berbondong2 org nak join PAS?
    Artis, politikus, exgomen, ustaz, ustzah, gru beso, guru kecik, guru tadika, maha guru, taiko, taici & lgi & lgi & lgi & ada g!
    Diorg ni dah ilang akal pe ke?
    Bagus beno ke PAS ni?
    DULU yg aku tau PAS ni sntiasa je burok & takde baiknya! tpi smakin dicaci dihina makin org syng plak eak?
    Sihir ape laa plak ni yg TGNA dah kenakan pd org2 mlyu.
    KINI bru aku tau, mreka yg join pas ni dh x mau g sokong UMNO Be End. Rugi dunia rugi akhirat! Jka bnar Biduanita tersohor ni nk join PAS, Syabas la kak pah!
    Tak perlu lgi jdi hamba duit! Penyokong UMNO lee katakan...
    SELAMANYA Umat Melayu Naif Otak rupenya!

    ReplyDelete