Sunday, June 10, 2012

Maaf, tiada lagi PRK

Ada sahabat yang bergurau meminta dipersiapkan segera jentera parti, terutama MTD Chenor supaya bersiap sedia kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya Dato’ Tan Mohd Aminuddin Ishak sekarang dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Menurut laporan akhbar, beliau dimasukkan ke wad kritikal tersebut kira-kira jam 3 petang semalam selepas muntah-muntah, cirit-birit dan komplikasi penyakit lain (bermula jam 11 pagi) mengakibatkan tidak sedarkan diri sehingga kini.

Keadaan yang hampir sama berlaku awal tahun lalu apabila bekas Adun Kerdau, Dato’ Zaharuddin Abu Kassim dimasukkan ke ICU, juga di hospital yang sama kerana menghidap pelbagai komplikasi penyakit.

Allahyarham meninggal dunia pada 12 Februari 2011 pada usia 63 tahun. Maka SPR menetapkan pilihan raya kecil (PRK) pada 6 Mac tahun lalu mempertemukan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad (44) dengan calon PAS Hassanuddin Salim (43).

Itulah pengalaman kedua PAS Pahang menghadapi PRK (selepas Dun Batu Talam).

Namun oleh kerana sudah berlalu tiga tahun selepas PRU 2008 Mac tahun lalu, maka tidak ada lagi PRK walau apapun yang akan terjadi kepada Adun Chenor yang sudah bertanding selama lima penggal itu.

Dari segi kedudukan, Chenor merupakan pekan lama dalam sejarah kerana berada di pinggir Sungai Pahang. Namun ramai yang berpendapat Dun berkenaan sudah jauh ketinggalan berbanding Dun-Dun yang berada di sekelilingnya.

Chenor dikatakan, melahirkan ramai tokoh akademik yang berjaya sehingga ada empat Ketua Setiausaha Kementerian, profesional yang terbilang dan usahawan yang hebat termasuk yang bermastautin di Lembah Klang. Namun, tidak banyak yang berubah di Chenor sendiri.

Maka tidak hairanlah jika pada PRU akan datang mereka akan memilih PAS pula berkuasa di situ!






5 comments:

  1. Salam PSRN,
    Aok lupa keluarga WZWH masih ramai di Chenor pekan dan mukim antara paling bersejarah dan berbudaya di Pahang. Pembinaan Jambatan Chenor menambahkan lagi kemudahan infrastruktur. PAS masih boleh terus bermimpi menawan Chenor!

    ReplyDelete
  2. Wassalam WZWH (Setia Politik / Penulis Ucapan).

    Tidak dinafikan jambatan Chenor merupakan kemudahan infrastruktur baru. Tapi tidak dapat dinafikan juga bahawa penduduk di Seberang Chenor antara yang termiskin di negeri ini.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Saya orang luar yg dtg ke chenor pada minggu lalu kerana menziarahi rakan. Agak terkejut dgn pembangunan di Chenor khususnya di Chenor seberang seperti kampung Sentang. Terdapat satu lorong di kampung Sentang (sebelum sk kertau klu x silap) yg betul-betul kecil sedangkan jalan tersebut menurut rakan saya adalah laluan utama sekarang ini bg masyarakat felda di sebelah atas seperti felda purun. Tidak tahu mana silapnya. Tidak hairanlah sekiranya penduduk kampung tersebut hanya beberapa keluarga sahaja. Sedih melihat nasib mereka..

    ReplyDelete
  4. Semoga selepas PRU ini nasib Chenor dan penduduknya akan berubah, insyaAllah.

    Wassalam...

    ReplyDelete